Pendidikan Khas Cahayaku di Kulai – Menyokong Perkembangan Anak Istimewa

Bina Keyakinan, Komunikasi & Masa Depan Anak Istimewa

📌 Tempat di mana anak anda yang istimewa boleh belajar bercakap, memahami, membaca — dan membina keyakinan untuk hidup berdikari.

Liputan Media

Pendidikan Khas Cahayaku

📘 Program Pendidikan Khas Cahayaku (Cahayaku Needs) ialah program harian intensif khas untuk pelajar istimewa berumur 4 tahun ke atas. Terbahagi kepada dua kategori — Tadika Pendidikan Khas (4–6 tahun) dan Pusat Jagaan & Pendidikan Khas (7 tahun ke atas) — program ini menggabungkan modul Terapi Membaca, latihan kendiri, sosialisasi, dan disiplin, dalam suasana pembelajaran yang selamat dan tersusun.

🎥 Pernah Lihat Pelajar ‘Sindrom Down’ Belajar Membaca

Ramai beranggapan anak-anak sindrom down tidak boleh membaca. Dalam siri Klinik Membaca yang kami jalankan secara percuma, adik ini telah hadir untuk ujian membaca. Dalam masa yang singkat sahaja beliau sudah boleh membunyikan huruf-huruf vokal dengan tepat.

Setiap pelajar akan melalui penilaian menyeluruh terlebih dahulu. Berdasarkan saringan EQ, IQ & karakter, pelajar akan ditentukan untuk memulakan terapi mengikut peringkat.

😟 Ramai Anak Istimewa Ketinggalan – Bukan Kerana Lemah, Tapi Kurang Intervensi Yang Sesuai

❌ Realiti Yang Sering Berlaku:

🧩 1. Anak sukar fokus dan tidak faham arahan, tapi dimasukkan ke kelas biasa tanpa sokongan khusus.

🤐 2. Pelajar istimewa dicop "lembam" atau "nakal", sedangkan mereka hanya tidak faham cara diajar.

🌀 3. Tiada tempat khusus yang ajar membaca & berdikari dalam suasana pendidikan khas.

🚫 4. Ibu bapa terpaksa berhenti kerja atau bergilir cuti, kerana anak perlukan perhatian penuh.

💔 5. Anak mula murung, pasif dan hilang keyakinan, akibat tekanan di tempat belajar yang tidak sesuai.

🌱 6. Program terapi sedia ada hanya fokus motor skill, bukan pembelajaran sebenar.

💔 Kesannya Bila Tiada Intervensi Awal Yang Betul

Anak terus tidak mampu membaca, walaupun umur makin meningkat.

✅ Mula berkelakuan agresif atau pasif melampau kerana tidak difahami.

✅ Sukar membentuk hubungan sosial — bermain pun tidak pandai berkawan.

✅ Keyakinan anak merosot, ibu bapa pula makin tertekan dan hilang arah.

🌍 Statistik Global: Kanak-Kanak Istimewa Memerlukan Pendekatan Yang Berbeza

📈 Menurut UNICEF dan WHO:

📌 Lebih 240 juta kanak-kanak di seluruh dunia hidup dengan pelbagai bentuk ketidakupayaan.

📌 Majoriti pelajar istimewa di negara membangun tidak mendapat pendidikan berkualiti atau inklusif.

📌 Pelajar ini memerlukan pendekatan pendidikan yang fleksibel, sensori dan berstruktur, bukan sistem umum.

📊 Statistik & Bukti Keberkesanan Intervensi Awal

📌 American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa:

“Intervensi awal secara intensif meningkatkan perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak istimewa secara signifikan.”

📌 Kajian juga mendapati:

📚 70% anak istimewa yang mendapat intervensi awal mampu membaca dan faham ayat asas menjelang umur 10 tahun.

💬 Pelajar yang diberi intervensi fokus komunikasi & kendiri lebih bersedia untuk masuk aliran pendidikan umum.

💡 Cahayaku Needs Dicipta Untuk Mengisi Kekosongan Ini

Kami tahu ibu bapa perlukan tempat yang:
✅ Selamat dan terstruktur untuk anak istimewa belajar harian
✅ Bukan sekadar menjaga — tetapi mendidik dan melatih kemahiran hidup sebenar
✅ Ada modul membaca, komunikasi, EQ dan asas agama dalam suasana mesra khas
✅ Disokong guru berpengalaman, bukan sekadar penjaga

🌟 Kenapa Pilih Cahayaku Needs?

Di Cahayaku, kami percaya setiap anak istimewa boleh membaca jika diberi pendekatan yang berstruktur dan sesuai dengan karakter mereka. Inilah keistimewaan program terapi kami:

✅ 1. Program Harian Pendidikan Khas

Sesi separuh hari atau sepenuh hari — bukan sekadar terapi mingguan. Anak belajar secara konsisten dalam rutin khas yang terstruktur.

📘 2. Modul Terapi Membaca Terbukti Berkesan

Modul Terapi Membaca Cahayaku dimasukkan terus dalam jadual harian. Anak belajar membaca mengikut peringkat kemampuan, bukan dipaksa ikut silibus biasa.

🧠 3. Silibus KSPK & KAFA Pendidikan Khas

Kami ajar silibus tadika KSPK dan asas agama (akidah, akhlak, solat, doa & hafazan) yang diadaptasi khas mengikut tahap pelajar istimewa.

💞 4. Fokus EQ, Latihan Kendiri & Sosial

Bukan setakat membaca — anak dibimbing untuk mengurus emosi, berdikari, berkomunikasi dan bersosial dalam suasana selamat dan mesra.

👨‍🏫 5. Guru Terlatih Dalam Pendidikan Khas

Setiap pelajar dibimbing oleh guru berpengalaman dalam pendidikan khas. Pendekatan sabar, kasih sayang dan teknik profesional jadi asas pembelajaran.

🏫 6. Dijalankan di Pusat Cahayaku Berdaftar

Tiada kelas online atau home tutor. Semua dijalankan secara fizikal di pusat Cahayaku bertauliah, demi keselamatan dan kualiti intervensi terbaik untuk anak anda.

💡 "Kami Membina IQ Melalui EQ."

Di Cahayaku, kami percaya bahawa kecerdasan anak dibentuk melalui emosi yang stabil dan pengalaman belajar yang menyeronokkan.

🛠️ Bagaimana Program Ini Membantu Anak Anda?

Cahayaku Needs bukan sekadar program jagaan — tetapi sebuah pendidikan khas harian yang menyeluruh, direka khusus untuk membimbing anak istimewa menjadi lebih stabil, yakin, dan mampu membaca serta berinteraksi dengan baik.
Program ini terbahagi kepada dua kategori utama, bergantung kepada umur dan keperluan anak:

🧒 1. Tadika Pendidikan Khas (Umur 4–6 Tahun)

Pelajar belajar dalam suasana tadika khas, dengan silibus yang diadaptasi agar mesra dan sesuai dengan perkembangan anak istimewa.

📘 Kandungan Program:

  • Modul KSPK Pendidikan Khas – Versi mesra khas dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

  • Modul Pra KAFA – Asas pendidikan Islam seperti akidah, akhlak, doa, hafazan, amali ibadat & solat

  • Modul Terapi Membaca Cahayaku – Kaedah membaca berperingkat menggunakan teknik mimik & ekspresi wajah

  • Aktiviti Sosial & Kendiri – Anak belajar cara berkawan, berkongsi, mengurus emosi & membina keyakinan

  • Latihan Motor Halus & Kasar – Aktiviti untuk bantu fokus, kawalan diri dan pengurusan emosi

Disusun khas untuk bantu anak berkembang mengikut rentak mereka — bukan dipaksa ikut sistem arus perdana.

🧑‍🎓 2. Pusat Jagaan & Pendidikan Khas (Umur 7 Tahun ke Atas)

Program intensif separuh hari atau sepenuh hari yang menekankan pembelajaran, latihan kendiri dan interaksi sosial.

📘 Kandungan Program:

  • Modul Terapi Membaca Penuh (BM > BI > BA > BQ) – Teknik mimik, visual, dan ekspresi untuk kefahaman, bukan hafalan

  • Modul KAFA Asas Pendidikan Khas – Pendidikan Islam asas yang mudah difahami pelajar istimewa

  • Latihan Kendiri & Sosial – Latihan rutin diri, komunikasi, disiplin & aktiviti berkumpulan

  • Disiplin & Peraturan Harian – Anak dibimbing membina karakter, berdikari dan hormat peraturan

  • Pemantauan Perkembangan Individu – Setiap anak dinilai secara berkala dan diberi laluan pembelajaran yang sesuai

Anak anda tidak hanya dijaga — tetapi dibimbing untuk BERFUNGSI dan BERINTERAKSI dalam dunia sebenar.

🎯 Matlamat Utama Program Cahayaku Needs

💗 Menstabilkan emosi dan tingkah laku anak

🗣️ Meningkatkan kefahaman bahasa & interaksi sosial

📖 Membina asas kukuh untuk membaca dan berdikari

🌱 Memberi peluang yang adil kepada anak istimewa untuk belajar, berkembang & dihargai

Diuji, Diiktiraf & Dibuktikan Berkesan

💡 Kenali Cahayaku

Oleh Puan Cahaya Abdul Manan (Pereka Konsep & Penulis Cahayaku)

📚 Modul Utama Cahayaku

Bahasa Melayu

English Language

Luhgatul Arabi

Lughatul Qurani

📝 Surat Penghargaan Jabatan Kerajaan

Pelajar Darjah 4, 5 & 6 tahun di SK Gombak Utara boleh membaca dalam masa yang singkat
Dijemput sebagai PERUNDING LINUS di SK Kampung Bharu pada tahun 2011
Selain Belajar Membaca, Teknik Cahayaku Alter Behaviour pelajar Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Aprisiasi oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1999

📰 Liputan Media Surat Khabar

Utusan Malaysia Okt 1996
Utusan Malaysia Okt 1996
Prihatin Ibu Jan 1999
Mingguan Didik Jan 2001
Metro Sept 2019

📰 Liputan Media Televisyen

Berita Perdana TV1
Nasi Lemak Kopi O TV9
Selamat Pagi Malaysia TV1 Nov 2013
Buletin 130 TV3 Jan 2020

📘 Apa Itu Program Pendidikan Khas Cahayaku (Cahayaku Needs)?

Cahayaku Needs ialah program pendidikan khas harian untuk anak-anak istimewa berumur 4 tahun ke atas, yang memerlukan intervensi menyeluruh dalam aspek emosi, komunikasi, pembelajaran, dan kemahiran kendiri.

Berbeza dengan program terapi mingguan, Cahayaku Needs ialah program sepenuh masa atau separuh hari, dijalankan secara konsisten setiap hari seperti tadika atau pusat jagaan khas — sesuai untuk ibu bapa yang bekerja atau yang inginkan perkembangan menyeluruh untuk anak.

📍 Terbuka Kepada:

✅ Anak yang telah disahkan mempunyai ciri istimewa oleh doktor pakar kanak-kanak

✅ Anak yang disaring melalui Klinik Membaca Cahayaku dan memerlukan pendekatan khas

🎯 Objektif Utama Program Cahayaku Needs:

🗣️ Membina asas komunikasi & interaksi sosial

💓 Membentuk kawalan emosi (EQ) dan tingkah laku stabil

📖 Melatih kemahiran asas membaca, memahami & bertutur

🧠 Mendorong kemahiran kendiri & disiplin harian

🌱 Menyediakan anak untuk hidup berdikari dan berfungsi dalam masyarakat

🧩 Dua Kategori Program Mengikut Umur & Keperluan:

1️⃣ Tadika Pendidikan Khas (Umur 4–6 Tahun)

  • Silibus KSPK Pendidikan Khas + Modul Pra KAFA

  • Modul Membaca menggunakan Program Terapi Membaca Cahayaku

  • Aktiviti sosial, kendiri & pembelajaran Islam (akidah, amali solat, doa, hafazan)

2️⃣ Pusat Jagaan & Pendidikan Khas (Umur 7 Tahun ke Atas)

  • Format jagaan harian (sepenuh / separuh hari)

  • Modul Terapi Membaca + latihan kendiri, komunikasi & disiplin

  • Modul KAFA Asas & aktiviti pembelajaran Islam yang difahami anak istimewa

🧠 Siapa Yang Sesuai Sertai Program Ini?

Program ini sesuai untuk anak yang mempunyai ciri seperti:

🔹 Speech delay, pelat, gagap, sengau

🔹 Masalah intelek ringan (ID), slow learner, lembam

🔹 ADHD, autism ringan, tantrum, acholilia

🔹 Down Syndrome (bergantung kepada tahap)

📌 Ramai pelajar kami berada dalam aliran perdana (PPKI atau kelas biasa) — namun tidak mendapat intervensi khas yang sesuai.

🏫 Dijalankan Di Pusat Cahayaku Berdaftar Sahaja

✅ Sesi fizikal sahaja (tiada home tutor / kelas online)

✅ Pembelajaran secara 1-to-1 bergilir dalam kumpulan kecil

✅ Guru terlatih dalam suasana pembelajaran khas yang selamat dan mesra

Libat urus rapat dengan ibu bapa melalui pemantauan perkembangan berkala

💬 “Program ini bukan sekadar tempat hantar anak — tetapi tempat anak dibentuk, dibimbing dan disayangi seperti keluarga sendiri.”

🎥 Kisah Inspirasi: Wajdi

Seorang pelajar lelaki yang disahkan doktor pakar sebagai ID (Intellectual Disability), datang ke Cahayaku dengan zero vocabulary.
✅ Dalam 1 bulan, mula mengeluarkan perkataan
✅ Kini boleh membaca & faham cerita pendek
✅ Keyakinannya meningkat, boleh bersosial dan belajar bersama rakan

Saksikan kisahnya dalam video kami di bawah

🌱 Kami Percaya Pada Peluang Kedua

Bukan semua pelajar akan pulih sepenuhnya — tetapi semua anak berhak dibimbing untuk capai potensi terbaik mereka.
Dengan ilmu, kasih sayang & strategi yang betul — banyak yang kelihatan mustahil menjadi mungkin.

“Melatih Anak-Anak Istimewa Pantas Membaca”
Rancangan Awani Pagi, Astro Awani

“Membaca Di Awal Usia Bagi Kanak Kanak OKU”
Rancangan MHI, TV3

❤️ Suara Ibu Bapa Yang Telah Melihat Perubahan

Ramai ibu bapa hadir dengan kebimbangan dan rasa buntu — namun pulang dengan harapan baru. Berikut adalah kisah benar daripada mereka yang telah menyertai Program Cahayaku Needs dan menyaksikan transformasi anak mereka sendiri:

💥 ADHD & Mild Autisme

💥 Vokab hanya "Ah Oh!" sahaja

💥 Dari gagap hinga boleh Mengaji Al Quran

💥 Testimoni Guru Ajar Pelajar Gagap

💥 Testimoni Ibu kepada Pelajar Disleksia

💥 Testimoni Ibu Kepada Pelajar "Speech Delay"

💥 Testimoni Ibu dari "Speech Delay" hingga boleh membaca & Menulis

💥 Testimoni Ibu kepada Pelajar ADHD

📌 Setiap anak ada potensi.
Di Cahayaku, kami percaya bahawa dengan kasih sayang, pendekatan yang tepat, dan usaha konsisten — anak istimewa anda juga mampu bersinar.

🌟 Harapan Setiap Ibu Bapa Anak Istimewa

Ibu bapa anak istimewa selalunya tidak minta banyak…

Mereka hanya mahu anak mereka:

💗 Disayangi seadanya — bukan dihakimi
💗 Diterima tanpa dihukum kerana perbezaan
💗 Dibimbing menjadi lebih baik — bukan dibandingkan dengan yang lain

Di Cahayaku, kami percaya bahawa setiap anak:
Boleh belajar — dengan cara & masa yang sesuai
Boleh membaca — dengan pendekatan yang difahami oleh anak
Boleh berdikari — bila dibina EQ, disiplin & keyakinan dari awal

🎯 Bayangkan Anak Anda…

✅ Menyebut nama sendiri dengan yakin

✅ Faham arahan mudah & ikut rutin harian

✅ Mula berinteraksi & bermain dengan rakan sebaya

✅ Mampu membaca doa, surah lazim & solat dengan panduan

✅ Boleh makan sendiri, ke tandas sendiri & simpan barang sendiri

✅ Tunjuk minat belajar & fokus semasa aktiviti

✅ Tak lagi tantrum bila dihantar ke sekolah atau pusat jagaan

📌 Inilah perkembangan sebenar yang dikongsi oleh ibu bapa pelajar Cahayaku Needs.
💬 Bukan keajaiban — tetapi hasil pendekatan berstruktur, konsisten & penuh kasih sayang setiap hari.

✅ Untuk Siapa Program Ini Sesuai?

🔹 Ibu bapa yang benar-benar mahu bantu anak berkembang
🔹 Anak yang telah menjalani saringan atau mempunyai diagnosis sah
🔹 Keluarga yang mahu suasana profesional, sabar & selamat
🔹 Anak yang tidak sesuai berada dalam sistem biasa tanpa sokongan khas

 💬 “Kami dulu risau anak akan kekal begitu selamanya. Tapi sejak masuk program Cahayaku Needs, anak kami bukan sekadar boleh membaca — tapi juga pandai urus diri dan makin ceria dengan kawan-kawan.”

 

🌱 Ini bukan sekadar pendidikan khas. Ini adalah jalan untuk bantu anak anda hidup dengan lebih berdikari dan bermakna.

✅ Bersedia Bina Masa Depan Anak Anda, Bermula Hari Ini

Jangan tunggu sehingga anak semakin ketinggalan dan peluang makin tertutup.

💬 Di Cahayaku, kami percaya setiap anak istimewa boleh belajar, membaca & berdikari — jika diberi peluang, kasih sayang dan pendekatan yang betul.

📌 Sertai Program Pendidikan Khas Cahayaku (Cahayaku Needs) untuk bantu anak anda berkembang dari aspek:

  • ✅ EQ & kawalan emosi

  • ✅ IQ & kemahiran belajar

  • ✅ Komunikasi & interaksi sosial

  • ✅ Kendiri & disiplin

  • ✅ Ilmu agama & amalan harian

🔔 Tempah Slot Klinik Membaca Dahulu

Semua pelajar perlu melalui sesi saringan awal bagi menentukan:

  • Tahap EQ, IQ & komunikasi anak

  • Sama ada sesuai untuk program Pendidikan Khas atau program lain

  • Peringkat pembelajaran & pelan khas yang paling sesuai

📥 Isi borang sekarang dan kami akan bantu anda teruskan langkah seterusnya.

Prospek CL Kulai - Pendidikan Khas (#7)

➡️ Anda akan terus dibawa ke WhatsApp pengusaha untuk maklumat lanjut dan lawatan.

❓ Soalan Lazim (FAQ)

1. Siapa yang sesuai menyertai Program Pendidikan Khas Cahayaku (Cahayaku Needs)?

Program ini sesuai untuk:

  • Pelajar istimewa berumur 4 tahun ke atas

  • Yang telah disahkan oleh doktor pakar mempunyai ciri khas; atau

  • Telah melalui saringan di Klinik Membaca Cahayaku dan disarankan untuk program harian khas

  • Program Terapi Membaca ialah sesi pendek mingguan (1–2 kali seminggu)

  • Cahayaku Needs ialah program harian (seperti tadika atau pusat jagaan) yang merangkumi:
    ✅ Sesi membaca, komunikasi, latihan kendiri, sosial, KAFA & aktiviti harian

Program terbahagi kepada dua kategori:

  • Tadika Pendidikan Khas (4–6 tahun)

  • Pusat Jagaan & Pendidikan Khas (7 tahun ke atas)
    📌 Kategori umur bergantung kepada ketersediaan setiap cawangan.

Tidak semestinya.
❌ Beberapa kes seperti gangguan emosi berat atau kecacatan fizikal serius mungkin memerlukan rawatan klinikal terlebih dahulu.
✅ Kami akan menilai terlebih dahulu melalui Klinik Membaca, dan hanya terima pelajar yang sesuai untuk dibantu.
📌 Kami tidak menjanjikan “penyembuhan”, tetapi kami fokus pada kemajuan dan perkembangan nyata dengan izin Allah.

  • Modul Terapi Membaca Cahayaku

  • Modul KSPK Pendidikan Khas (untuk tadika)

  • Modul KAFA asas – akidah, akhlak, doa, ibadah & hafazan

  • Aktiviti kendiri, komunikasi, sosial & disiplin

  • Ya. Semua program dijalankan di pusat berdaftar Cahayaku sahaja.
    ❌ Tiada kelas online
    ❌ Tiada home tutor
    ✅ Hanya sesi fizikal dalam suasana selamat & sesuai untuk anak istimewa

Bina Keyakinan, Komunikasi & Masa Depan Anak Istimewa

Scroll to Top
Cahayaku Legacy Messenger

Cahayaku Legacy Messenger

Typically replies within an hour

I will be back soon

Cahayaku Legacy Messenger
Hai / Salam 👋
Anda perlukan bantuan?
Messenger