Kenali IntelekEdu
Latar Belakang IntelekEdu Kulai
Membina legasi intelek sejak 2017 — melahirkan generasi berilmu, berakhlak, dan mencintai ilmu.
Siapa Kami
ntelekEdu ialah cawangan rasmi Cahayaku Legacy yang beroperasi di Indahpura Kulai dan Bandar Putra Kulai, berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Kami menyediakan pendidikan holistik untuk anak berumur 4 tahun ke atas, dengan pendekatan bermain sambil belajar berasaskan Modul Cahayaku yang terbukti berkesan.
Sejarah & Perkembangan
2017 – Pembukaan cawangan pertama di Indahpura, Kulai. Memulakan operasi dengan Program APC dan Modul Membaca Cahayaku.
2019 – Penambahbaikan modul dengan memperkenalkan Program Cahayaku Legacy, meliputi semua modul utama dan tambahan.
2024 – Pembukaan cawangan kedua di Bandar Putra, Kulai, meneruskan penggunaan Program Cahayaku Legacy untuk memberi lebih banyak akses pendidikan berkualiti kepada komuniti setempat.
Sejak 2017, IntelekEdu telah melahirkan lebih 800 pelajar, termasuk 100 pelajar khatam Al-Quran, dengan rekod istimewa pada tahun 2022 apabila pelajar seawal 5 tahun berjaya khatam.
Kami terus komited membantu pelajar normal dan istimewa mencapai potensi terbaik mereka dalam suasana yang selamat, menyeronokkan, dan membina.

Nilai Teras Kami
Bermain Sambil Belajar
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak.
Modul Terbukti Berkesan
Menggunakan Modul Cahayaku yang membantu ribuan pelajar menguasai kemahiran membaca
Mendidik Melalui EQ
Membina emosi positif sebagai asas kecemerlangan akademik.
Pengajar Terlatih
Guru bertauliah yang mengikuti kursus rasmi Cahayaku Legacy & Cahayaku Needs.
Visi
Misi
Pencapaian Utama
- 800+ pelajar dididik sejak 2017.
- 100 pelajar khatam Al-Quran.
- Pelajar seawal 5 tahun berjaya khatam pada 2022.
- Guru-guru mengikuti latihan profesional Cahayaku Legacy secara berkala.
Bermula Hari Ini untuk Masa Depan Anak Anda
Tempah sesi Klinik Membaca atau dapatkan maklumat lanjut program kami.