Tadika Integrasi Cahayaku di Kulai – Membina IQ Melalui EQ
Membentuk Asas Generasi Berilmu & Berjati Diri
Tadika Integrasi Cahayaku membina asas membaca, menulis dan mengira sambil memupuk EQ, akhlak Islamiah dan jatidiri anak 4–6 tahun untuk bersedia ke alam persekolahan.
Liputan Media













Tadika Integrasi Cahayaku
“Selepas masuk sekolah tu (CL), saya dapat tengok dia punya perkembangan pada 3 (perkara) ini ; Membaca, Mengira & Menulis”
😟 Adakah Anda Sedar Masalah Ini Mungkin Sedang Berlaku Pada Anak Anda?
Ramai ibu bapa hanya menyedari kelemahan anak selepas masuk sekolah rendah, sedangkan semuanya bermula dari asas di tadika. Antara tanda-tanda yang patut diberi perhatian:
Masalah Membaca
Anak 6 tahun masih tak boleh membaca dengan lancar
Tidak Fokus
Tak fokus dalam kelas, cepat bosan & tak minat belajar
Tak Pandai Eja
Tak kenal huruf – hanya mampu meniru bila menulis
Lemah Matematik
Asas Matematik lemah – boleh hafal nombor tapi tak faham
Tiada Keyakinan
Kurang keyakinan – takut bercakap, takut salah, cepat menangis
Masalah Emosi
Tak bersedia dari segi emosi & sosial – suka menyendiri, tantrum
⚠️ Statistik Yang Membimbangkan
📊 170,000 murid sekolah rendah tidak mahir membaca
(Astro Awani, Jan 2023)
📉 27% murid Tahun 1 belum boleh membaca langsung
(Utusan Malaysia, Sept 2024)
📚 World Bank: Ramai pelajar Malaysia tak bersedia ke sekolah rendah kerana kurang pendidikan awal berkualiti
(AsiaNews, Mei 2024)
Ini bukan salah anak – tapi sistem awal yang tak fokus kepada asas...
🚨 Bila Asas Gagal Dibina - Anak Yang Menanggung
Bila anak masuk Darjah 1 tanpa asas kukuh:
❌ Tidak faham buku teks atau arahan cikgu
❌ Takut bertanya – takut diketawakan
❌ Rasa rendah diri, tak mahu ke sekolah
❌ Mula menunjukkan masalah tingkah laku
❌ Akhirnya terus tenggelam dalam sistem
🔍 Simptom Anak Tak Bersedia - Ibu Bapa Wajib Peka
👶 Umur 4 Tahun
❌ Belum kenal huruf vokal A E I O U
❌ Tidak kenal angka 1–10
❌ Pegangan pensel masih salah
❌ Tiada minat, stres bila disuruh belajar membaca
❌ Hanya mahu bermain – tidak kenal konsep belajar
📌 Umur 4 tahun adalah waktu emas untuk mula bentuk minat belajar & EQ anak.
🧒 Umur 5 Tahun
❌ Tak boleh membaca dua suku kata dari semua abjad
❌ Masih keliru huruf seperti b–d–p–q
❌ Tak faham arahan dalam buku aktiviti walaupun boleh baca
❌ Tak boleh mewarna atau menulis ikut garisan
❌ Tiada kemajuan walaupun dah lama di tadika
❌ Hanya boleh membaca dalam buku khusus – tak boleh baca bahan lain
❌ Belum boleh mengira dengan lancar 1–10
📌 Pada umur 5 tahun, anak sepatutnya sudah mula membaca perkataan mudah, menulis, dan mengira asas.
🧠 Umur 6 Tahun
❌ Masih gagal membaca suku kata tertutup
❌ Tak boleh baca gabungan konsonan & vokal
❌ Tak faham arahan bertulis dalam buku aktiviti
❌ Belum boleh mengeja atau bina ayat sendiri
❌ Hanya tahu menyalin, tak boleh menulis bebas
❌ Tak boleh buat operasi tambah & tolak mudah
❌ Masih keliru dengan ejaan dan sebutan
❌ Gagal ikut arahan bertulis dengan tepat
📌 Ini hanya benchmark asas untuk Bahasa Melayu sahaja. Tapi realitinya, anak juga perlu bersedia untuk membaca dalam Bahasa Inggeris dan Al-Quran (Jawi).
⚠️ Jika Simptom Ini Diabaikan…
Anak akan masuk Tahun 1 dalam keadaan:
👉 Takut nak belajar, kurang keyakinan
👉 Tertinggal dalam kelas sejak awal
👉 Tak faham pengajaran, terus hilang minat
👉 Jadi stres, mudah mengamuk atau menangis
👉Sukar kejar semula dan ketinggalan berpanjangan
📢 Ini Masa Terbaik Untuk Buat Perubahan
Kalau anak anda sedang menunjukkan simptom ini walaupun dah bersekolah tadika, jangan tunggu lagi.
✅ Sertai Tadika Integrasi Cahayaku — bantu anak kuasai kemahiran asas sebelum masuk Tahun 1.
✅ Fokus bukan hanya akademik, tapi juga EQ, sahsiah & keupayaan sebenar anak.
💬 “Pelajar kami yang masuk kosong di umur 4 tahun, keluar dengan keyakinan, boleh membaca tiga bahasa, dan bersedia untuk alam persekolahan sebenar.”
🔥 Kenapa Ramai Anak Masuk Sekolah Tapi Masih Tak Bersedia?
Setiap tahun, kita dengar perkara yang sama:
📉 Pelajar Tahun 1 masih belum boleh membaca dengan lancar
📉 Huruf dan nombor masih keliru walaupun dah 2–3 tahun di tadika
📉 Tak boleh fokus – cepat bosan, mengantuk dalam kelas
⏰ Intervensi Selalu Terlambat
Dalam sistem biasa, tindakan hanya bermula bila anak dah gagal – biasanya di Darjah 2 atau 3.
Tapi masa tu, kerosakan emosi dan jurang pembelajaran dah terlalu besar.
❗ Bila anak gagal membaca – dia tak faham arahan guru
❗ Bila tak faham arahan – dia tak boleh buat kerja sekolah
❗ Bila gagal siapkan kerja – dia rasa dirinya bodoh
❗ Bila rendah diri – dia mula hilang motivasi & memberontak
🧠 Tapi Semua Ini Boleh Dicegah
Masalahnya bukan pada anak.
Masalahnya pada sistem yang tak kenal pasti kelemahan awal dan guna pendekatan yang sama untuk semua.
📌 Setiap anak perlukan permulaan yang sesuai ikut karakter dan gaya belajar mereka.
🔁 Jika dibiarkan dalam tadika biasa yang hanya ‘jaga’, bukan bimbing —
Anak mungkin akan bawa masalah itu ke sekolah rendah… dan terus ke sekolah menengah.
🛑 Jangan Tunggu Sampai Anak Hilang Minat Belajar
Tahun-tahun awal ini sangat penting.
Kalau kita tak bantu sekarang, kita sedang membiarkan:
❌ Potensi anak terus terpendam
❌ Emosi anak semakin lemah dan cepat putus asa
❌ Anak ketinggalan terlalu jauh bila masuk Tahun 1
💬 “Pendidikan awal bukan soal umur — tapi soal persediaan.
Anak yang dibina EQ, IQ dan akhlaknya sejak awal — akan masuk sekolah dengan yakin, fokus, dan seronok belajar.”
💡 Kenapa Tadika Integrasi Cahayaku Lain Daripada Yang Lain?
✅ 1. Modul Berkesan
Dibangunkan sejak 1998, modul kami telah membantu ribuan pelajar — termasuk anak istimewa — menguasai asas membaca, menulis dan mengira.
📘 Termasuk Bahasa Melayu, English, Arabi & Qurani.
✅ 2. EQ-Centric
Anak belajar lebih mudah dengan emosi yang betul pada karakter tertentu. Kami mulakan dengan membina minat, keyakinan dan hubungan positif.
💬 “Kami Membina IQ Melalui EQ.”
✅ 3. Teknik Tersendiri
Tiada fonik, tiada mengeja membatang. Kami gunakan teknik tersendiri untuk bantu anak faham dan sebut dengan mudah – terbukti sesuai untuk anak kecil & istimewa.
✅ 4. Mengikut Karakter
Tiada satu pendekatan sesuai untuk semua. Kami kenal pasti gaya belajar anak (visual, kinestetik, auditori) dan sesuaikan bimbingan mengikut keperluannya.
✅ 5. Pendidikan Holistik
Berteraskan Nilai Islam, kami tekankan akhlak, adab, sahsiah dan hafazan – seiring ilmu akademik. Ilmu dunia dan akhirat dibina bersama.
✅ 6. Membentuk Karakter Positif
Kami percaya anak boleh berubah – dari pasif jadi berani, dari mudah marah jadi tenang, dari tidak fokus jadi seronok belajar.
✨ Dengan bimbingan emosi yang betul, karakter positif boleh dibentuk sejak awal.
Tadika Integrasi Cahayaku
💡 “Membentuk Asas Generasi Berilmu & Berjati Diri.”
🔁 Di sinilah bermulanya perjalanan
Di Tadika Integrasi Cahayaku, kami bukan sekadar tempat jagaan – kami institusi pendidikan awal yang dibina dengan sistem, modul dan nilai untuk membentuk asas kukuh sebelum anak melangkah ke Tahun 1.
📚 Apa Yang Anak Anda Akan Alami?
Modul Lengkap & Berstruktur Berdasarkan Tahap
Anak anda tidak belajar secara rawak – setiap langkah mengikut struktur Modul Cahayaku yang telah terbukti sejak 1998.
📘 Modul Membaca: Bahasa Melayu, English & Arab
✍️ Modul Menulis & Mengeja
🧠 Modul Ejaan Karangan & KBAT
🎓 Modul Akademik (KSPK & Pra-KAFA)
Pendekatan EQ & Karakter Pelajar
Kami percaya anak belajar paling baik apabila emosi diransang pada keadaan & karakter.
🗣️ Teknik Cahayaku bantu anak memudahkan bunyi & perkataan
😊 Aktiviti mesra emosi untuk pupuk minat & keyakinan
👩🏫 Guru memahami karakter & gaya belajar setiap anak
💬 Kami tidak diskriminasi pelajar lemah atau hanya fokus pada yang cepat — setiap anak dibimbing dengan sabar hingga mereka berjaya.
Pemerhatian Karakter & Bimbingan Individu
Kami kenal pasti potensi & kelemahan anak melalui pemerhatian berterusan.
🔍 Pantauan perkembangan secara berkala
🎯 Laraskan teknik & pendekatan ikut keperluan anak
👪 Libatkan ibu bapa dalam pelan tindakan & sokongan di rumah
Lebih Daripada Tadika - Ini Asas Untuk 6 Tahun Akan Datang
Apa yang anak pelajari hari ini membentuk:
✅ Cara dia faham & jawab pelajaran
✅ Keyakinan diri bila berhadapan cabaran
✅ Minat terhadap ilmu sepanjang hayat
💡 Di sinilah bermula perjalanan generasi berilmu & berjati diri.
🔁 Inilah kenapa kami percaya:
“IQ anak akan berkembang apabila EQ mereka disentuh dengan betul.
👪 Apa Kata Ibu Bapa?
“Terima kasih Cahayaku Legacy kerana mendidik anak-anak saya dari anak pertama hinggalah anak ke-4 lah, Rayyan. InsyaAllah tahun depan akan hantar anak ke-5 pula”
“Dulu dari speech delay, dalam 6 bulan ada improvement banyak sangat. Tak sangka dia boleh cakap macam tu.2 hari lepas, dia tulis “Amirul Sayang Mama!. Eh dah boleh tulis lah!”
“Selama 3 tahun sangat nampak perubahan, dari tak pandai membaca dan mengeja sampai lah dapat menbaca dengan sempurna, lancar dan baik terutama bahasa Inggeris dia!”
Diuji, Diiktiraf & Dibuktikan Berkesan
💡 Kenali Cahayaku
Oleh Puan Cahaya Abdul Manan (Pereka Konsep & Penulis Cahayaku)
📚 Modul Utama Cahayaku
Bahasa Melayu
English Language
Luhgatul Arabi
Lughatul Qurani
📝 Surat Penghargaan Jabatan Kerajaan
📰 Liputan Media Surat Khabar
📰 Liputan Media Televisyen
🎯 Apa Itu Tadika Integrasi Cahayaku?
Tadika Integrasi Cahayaku ialah program pendidikan awal khas untuk kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, yang membina asas kukuh dalam membaca, menulis, mengira (3M), EQ, sahsiah, dan akhlak Islamiah.
Kami percaya:
Anak yang dibimbing dari awal akan membesar sebagai individu yang yakin, berdisiplin dan seronok belajar.
🎯 Objektif Tadika Integrasi Cahayaku
✅ Membina kemahiran 3M seawal usia
✅ Memupuk sahsiah, EQ & keyakinan diri
✅ Persediaan lengkap ke alam persekolahan
✅ Meningkatkan potensi anak normal & istimewa
✅ Membimbing anak kenal cara belajar & kekuatan diri
📘 Modul Cahayaku - Sistem Pembelajaran Berstruktur
Modul Cahayaku telah digunakan sejak 1998 dan terbukti membantu ribuan pelajar dari pelbagai latar belakang. Modul disusun secara progresif mengikut tahap perkembangan anak:
1. Modul Membaca
🔹 Bahasa Melayu
🔹 English Pronunciation
🔹 Lughatul Arabi
🔹 Lughatul Qurani
2. Modul Sampingan
🔹 Asas Penulisan & Ejaan BM
🔹 Mewarna & Kemahiran Motor Halus
3. Modul Pemantapan
🔹 Karangan & Ejaan Lanjutan
🔹 KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
🔹 Pemahaman Kamus EN-BM
4. Modul Islamik & Tambahan
🔹 Hafazan Berintonasi (gaya Syeikh Misyari)
🔹 Hafazan Makna & Penghayatan Ayat Al Quran
🔹 Jawi & Penulisan
🔹 Pra-KAFA & Sahsiah
💡 Kesemua modul ini menyokong laluan pendidikan Cahayaku hingga ke Sekolah Rendah Integrasi.
📘 Proven Result
💥 Merubah Karakter Kepada Yang Lebih Positif
💥 Pelajar Berbangsa Cina Membaca Pantun dengan Fasih
💥 Pelajar Berbangsa India Seronok Jawab Kuiz Mengeja Cara Cahayaku
💥 6 Tahun Membaca Surat Khabar dengan Lancar
💥 4 Tahun Membaca Bahasa Inggeris Dengan Sebutan Yang Betul
💥 Pelajar 5 Tahun Belajar Mengaji Dengan Lughatul Arabi
💥 Melatih Kefahaman Pelajar Ketika Belajar Membaca
💥 Hafazan Lughatul Qurani dengan bacaan intonasi Syeikh Misyari Rasyid
🎉 Aktiviti Tahunan yang Membina Sahsiah
Kami percaya pembelajaran terbaik bukan hanya di kelas, tetapi melalui pengalaman sebenar. Anak anda akan sertai aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna:
Hari Sukan & Permainan Tradisional
Simulasi Haji Cilik
Lawatan Belajar
Sesi Fotografi
Majlis Graduasi
Hari Terbuka & Perjumpaan Ibu Bapa
✨ Setiap aktiviti dirancang untuk membina kenangan indah, sahsiah diri, dan keyakinan anak anda
💡 Impian Anda, Realiti Anak Anda
Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang:
✅ Boleh membaca dan menulis sebelum masuk Tahun 1
✅ Yakin berkomunikasi, tidak takut bertanya
✅ Faham arahan cikgu dan seronok belajar setiap hari
✅ Berakhlak mulia – tahu hormat guru, sayang kawan, tahu beza betul dan salah
✅ Ada asas agama yang kukuh dan amalan harian yang terbimbing
✅ Berdikari dan bertanggungjawab walaupun masih kecil
Tetapi… tak semua tadika mampu realisasikan impian ini — kerana tidak semua memahami cara membentuk anak secara menyeluruh.
🌱 Di Tadika Integrasi Cahayaku, kami percaya bahawa:
🧠 Ilmu perlu dibina di atas asas yang kukuh – bukan sekadar hafalan.
💗 EQ dan akhlak perlu ditanam dari awal – kerana itulah akar kejayaan jangka panjang.
📚 Kemahiran akademik perlu disesuaikan dengan karakter dan gaya belajar setiap anak – bukan satu pendekatan untuk semua.
🎯 Ibu bapa yang memilih Tadika Integrasi Cahayaku bukan sekadar mahu anak pandai - tetapi mahu anak bersedia untuk hidup.
➡️ Bersedia belajar.
➡️ Bersedia bergaul.
➡️ Bersedia berdikari.
➡️ Bersedia menuntut ilmu sepanjang hayat – dengan hati yang gembira dan yakin.
🚀 Sedia Bina Masa Depan Anak Bersama Kami?
Jangan tunggu anak ketinggalan baru nak mula. Tadika Integrasi Cahayaku adalah tempat terbaik untuk bina asas kukuh pembelajaran, sahsiah dan jati diri anak anda.
Antara soalan penting yang sering ditanya oleh ibubapa:
🔹 Jadual hari & masa persekolahan
🔹 Takwim tahunan & cuti sekolah
🔹 Yuran pendaftaran & bulanan
🔹 Lawatan ke tadika & sesi orientasi
🔹 Temujanji & sesi taklimat ibu bapa
🔹 Tempahan Slot Klinik Membaca
🔹 Cara tempahan tempat & borang pendaftaran
📌 Semua ini akan kami bantu terangkan melalui WhatsApp sebaik sahaja anda isi borang yang disediakan.
📥 Isi borang sekarang dan kami akan bantu anda teruskan langkah seterusnya.
➡️ Anda akan terus dibawa ke WhatsApp pengusaha untuk maklumat lanjut dan lawatan.
❓ Soalan Lazim (FAQ)
1. Umur berapa anak boleh daftar Tadika Integrasi Cahayaku?
📌 Program ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Modul kami disusun ikut progress dan tahap kemampuan supaya setiap anak dapat bimbingan yang sesuai.
2. Apa beza Tadika Integrasi Cahayaku dengan tadika biasa?
📌 Kami gunakan Modul Cahayaku yang terbukti berkesan, menekankan gabungan EQ, IQ dan akhlak Islamiah. Anak bukan hanya belajar akademik – tapi juga dibentuk dari segi emosi, sahsiah dan jatidiri.
3. Anak saya belum kenal huruf. Sesuai ke untuk masuk?
📌 Sangat sesuai! Kami ada teknik khas bermula dari zero, termasuk untuk anak yang belum kenal abjad atau masih keliru suku kata.
4. Ada aktiviti selain akademik?
📌 Banyak! Anak akan sertai aktiviti tahunan seperti:
– Hari Sukan & Permainan
– Simulasi Haji Cilik
– Lawatan Belajar
– Sesi Fotografi & Buku Kenangan
– Majlis Graduasi & Persembahan
– Hari Terbuka & Sesi Bertemu Ibu Bapa
5. Anak saya ada rujukan doktor pakar kanak-kanak. Boleh ke sertai Tadika Integrasi Cahayaku?
📌 Boleh, dengan syarat ibu bapa perlu hadir ke Klinik Membaca atau sesi Temujanji terlebih dahulu. Kami akan lakukan saringan karakter, ciri istimewa dan tahap membaca anak.
Sekiranya sesuai, anak boleh diserap ke program sedia ada. Jika tidak, kami akan berikan sesi konsultasi khas dan cadangan untuk menyertai Program Pendidikan Khas atau Terapi Membaca Cahayaku.
6. Perlu ke anak saya hadir ke sesi Temujanji atau Klinik Membaca sebelum daftar?
📌 Ya, sangat digalakkan. Terutama jika ibu bapa baru pertama kali nak hantar anak ke Tadika Integrasi Cahayaku.
Sesi ini membantu kami kenal pasti karakter anak, termasuk sama ada ada ciri istimewa atau hanya perlukan pendekatan pembelajaran berbeza.
7. Anak saya tak nampak kemajuan di tadika sekarang dan mungkin ada ciri istimewa. Boleh ke daftar terus?
📌 Jika belum ada rujukan dari doktor pakar, boleh hadir ke Klinik Membaca atau sesi Temujanji. Kami akan buat intervensi awal dan saringan, dan berikan cadangan program paling sesuai untuk anak anda — sama ada Tadika Integrasi, Pendidikan Khas, atau Terapi Membaca.